Oct 27, 2010

Kisah Burung,Api,dan Cicak....


Semalam waktu aku drive balik ke rumah, terdengar satu tazkirah yang begitu menarik kisahnya....Aku tak pandai nak bercerita tapi bolehlah ku cuba sampaikan cerita ini agar menjadi pengajaran kepadaku dan rakan-rakan pembaca sekalian.

Kisah ini berlaku ketika zaman Nabi Ibrahim A.S ketika baginda dihukum bakar oleh pemerintah yang zalim di zaman itu. Di saat itu, terbanglah seekor burung kecil membawa air dalam paruhnya mencuba untuk memadamkan api yang sedang marak membakar baginda. Perbuatan burung itu terbang ulang alik berkali-kali disedari oleh seekor cicak yang berada di situ. Lalu cicak pun menegur perbuatan burung kecil tersebut:

Cicak: Wahai burung, kenapalah kau melakukan perbuatan yang sia-sia sedangkan kau tahu
perbuatan kau itu tidak mampu memadamkan api yang marak menyala itu.

Burung : Aku tidak melakukan kerja yang sia-sia cicak, kerana aku lakukan kerja ini
kerana aku takutkan ALLAH. Aku takut disoal ALLAH apa yang aku lakukan untuk
agamaku??? Walaupun tugas ini pada asalnya kita tahu akan menemui kegagalan
tapi ALLAH tidak akan tanya kegagalan itu, ALLAH akan persoalkan apa
usaha kita untuk menegakkan agamaNYA. Berbanding dengan kamu cicak yang
sedang menghembus-hembus api itu supaya ia lebih marak

p/s: Pengajaran dari cerita tersebut: laksanakanlah apa jua pekerjaan untuk agama ALLAH walaupun ianya sekecil-kecil pekerjaan dan ianya akan menemui kegagalan kerana ALLAH maha mengetahui atas apa yang kamu laksanakan.


-----TAMAT-------

Petang semalam aku menziarahi bekas rakan sekolahku yang hampir 8 tahun tidak pernah ku temui.....Dirinya sedang bertarung dengan UJIAN ALLAH dengan diuji penyakit barah tulang...Anak-anaknya kecil lagi, 3 orang dan anak yang bongsu berumur 6 bulan sebaya dengan anakku.Sayu hatiku melihat keadaannya.Apa yang mampu ku bantunya dengan mengirimkan doa buatnya untuk pulih seprti sediakala. Rakanku yang terbaca coretanku ini marilah kita berdoa untuknya supaya sembuh...

"Ya ALLAH sembuhkanlah penyakit rakanku, LIZAWATI BTE SAMAD. Kau lebih mengetahui
apa yang terbaik untuknya. Amin"

1 comment:

su said...

amin...su ada terbaca kat facebook...kalau xsilap kwn ila lizawati tu dah kerahmatullah...betul ke? maafla kalau terslh...