Aug 30, 2009

Muffin Milo Ramadhan


Muffin Milo Ramadhan

Salam Ramadhan lagi... Hari nie genap 8 hari berpuasa.Hoho lama rasanya tak menjengahkan diri ke dapur almaklum rr isteri berkerjaya..Tapi disebabkan hubby ku teringin nak makan muffin (ngidam kot) hehehe maka ku lembutkan tangan ku tuk mencuba resepi2 yang ada walaupun dah lama tak masak nih..hihihihi.

Muffin Milo
Bahan2
180g mentega
140g gula halus
2 biji telur
100ml susu cair
220g tepung gandum
milo

Cara2
1. Putar mentega + gula halus hingga putih (hehehe hubby yang putar) masukkan telur satu persatu sambil putar hingga kembang. Masukkan tepung berselang seli ngan susu cair hingga habis. Masukkan esen varnilla dan kacau rata. Akhir sekali masukkan milo.

2. Bakar dalam oven suhu 180'c selama 20-25 minit hingga masak. pastu sejukkan dan hidangkan semasa berbuka puasa.

Comel ke dari atas? part 2

(konon comel la tue.. ewwwww!!)

Salam,
Sebagaimana kita tahu kaum hawa terutama para gadis remaja gemar mengambil gambar dalam pose comel utk tatapan kekawan didalam facebook, myspace, tagged dan blog. Tetapi bagaimana jika kaum adam pula mengambil gambar didalam pose sedemikian? lihat contoh pose suami ku diatas..

Aug 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Sebagai pembuka kata, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Harap-harap ibadah kita semakin meningkat sebagaimana bertambah hari di bulan Ramadhan ini.

Dan semestinya, sambutan hari raya tidak akan meriah tanpa menghantar kad raya kan? dan pasti kita sudah terlalu biasa dengan kad-kad raya samada secara maya melalui internet ataupun kad yang dijual dikedai-kedai. Kali ini saya ingin menukar konsep kad raya tersebut, bagaimana?

Apakata jika anda kini mampu mempunyai kad raya mempunyai wajah anda sendiri dan ia dibuka seolah-olah membaca kad ucapan yang betul? pasti anda hairan bagaiman rupanya kan? Sila klik pada link dibawak untuk melihat contoh-contoh kad raya dan cara membuat tempahan serta pembayaran;


klik untuk lihat kad

layari http://mycard4u.blogspot.com/

Ramadhan datang lagi

Assalamualaikum pembuka bicara..Selamat menyambut Ramadhan rakan-rakanku semua..Semoga kalina berbahagia hendaknya..Ewah...

Sempena Ramadhan tahun ni merupakan pengalamanku yg pertama berpuasa dalam keadaan berbadan dua. Boleh tahan juga dugaannya. Alhamdulillah buat masa ni dapatlah berpuasa penuh tanpa sebarang masalah. Cuma ada serba sedikit masalah. Biasalah dah berbadan dua. Cuma yang tak bestnya bila sahur n berbuka puasa ku kesepian.huhuhuh. Almaklumla suami ku duduk berjauhan. Biasalah tugasan kerja...Terpaksalah berkorban walaupun jiwa sengsara.huhuhu...

Oklah ada kerja nak dilakukan. Nanti sambung lagi cerita-ceriti di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. DAAAAA..

Gambarku yang semakin chubby...

Aug 18, 2009

CutE kEr DaRI AtAs...

SelAlU orG CkP, klU nK nmPk CUtE, kEnEr AMeK gAmbo dR AtAs... BetUl KEr x ?sesajer wat video nie sementara menunggu bos approve video2 aku yg lain... hohohoho

CutE kEr DaRI AtAs...by Salahuddin Sharif - 0:31

Aug 16, 2009

Permata Hati Kami

2009...hohoho..sudah lebih setahun ambo menyepikan diri setelah bergelar isteri. hehehe.Bukannya apa, banyak dugaan yang ditempuhi sehinggakan ambo terpaksa menghilangkan diri sedemikian lamo..

OK..kita buka lembaran baru untuk tahun 2009. Kini genaplah setahun lebih kami hidup sebagai suami isteri, InsyaAllah tahun depan kami akan berubah title menjadi ayah dan ibu.. Amin...Sepatutnya kami jadi ayah dan ibu pada bulan 2 tahun ini tapi tuhan lebih sayangkan nak kami dan itulah ujian yang diberikan Ilahi kepada kami. Mungkin rezeki kami tahun ini setelah ambo bekerja 2 bulan di jabatan kerajaan dan inilah rezeki Allah yang dikurniakan kepada kami..Alhamdulillah..

Erm...dah takde idea lagi nih nak mgarang almaklumlah setahun lebih meninggalkan alam
blog nih..hehehh..nantikan cerita dari kami lagi yer...hikhikhik..Daaaaaaaaaaaa...

Azmi & Dalilah...

Along (yang belum diketahui jantina dan namanya bin/binti Mohd Khairul Azmi)