Nov 30, 2007

Belasan November

10.NOV.2007

7.00p.m
Aku bersiap2 packing barang tuk pulang ke kampung bersama yang tersayang. Kami pulang ke kampung ku untuk membincangkan hal majlis kami bersama famili aku nanti.
Sebelum tu aku dah perabih RM200++ kerana tingkap keretaku buat hal.Aduuuu..masa nilah pulaknya.

9.00p.m
Masa tuk kami bertolak pulang ke Segamat.Dlm perjalanan pulang tu..hahahaha...gelak dulu rr..Kami dok nyanyi lagu hindi dr filem "DilWale Dulhania Lejayenge". Ewah..beranganlah tu sorang jadi Kajol, sorang lagi jadi Shah Rukh Khan...Lantak rr..Janji kami bahagia...Masa drive tu bleh tahan lah mencabarnya...maklumlah lalu kat kawasan kampung..bahaya plak tu..apa taknya lampu jalan tiada..Hampir nak terlanggar bahu jalan dibuatnya kerana gelap..Cuak gak…Bila hampir masuk kawasan Segamat..Mak Aii co-pilotku tidur.ZzZzZzZZZZ...huhu nasib baik ada Anuar Zain menemaniku masa tu.

11.NOV.2007

1.00a.m
Aku tiba di rumahku.."Mak..OO..Mak..Assalamualaikum"..Ku seru..Mak menyahut tapi kenapa pintu tidak dibukanya..Kreok..Pintu dibuka oleh Pakcikku..Ku lihat mak ku seperti lain..tidak seperti makku yg biasa ku lihat..Aku panik!!!terus ku berlari ke arah mak dan menjerit ketakutan.Tunangku yang sedang mengangkat beg terus berlari ke arahku..aku terus menelefon kakak n ambulan. Memang kelam kabut dibuatnya..mujur ada tunangku yang menenangkan segalanya..

1.30a.m
Ambulan pun tiba. Mak dimasukkan ke dalam ambulan untuk di bawa ke hospital.Aku,tunangku dan anak sedaraku turut menaiki ambulan tersebut. Muka ku pucat sekali..Mujur dlm ambulan mak dah sedar.dan mlam itu aku menemani mak di hospital n aku menunggu denag kelaparan sbb aku tidak sempat menjamah apa2 pun.Nasib baik kakak n abg iparku membawakan sedikit bekalan tuk diriku yg kelaparan. Aku menemani mak tanpa membawa apa2 bekalan tuk diriku seperti selimut..Waaa Sejuknya..Bukannya bleh tido mlm tu..SAkit pinggang,letih,lapar,sejuk..Semua ada...Tapi demi mak..Kurela segalanya

6.00a.m
Ku terus hubungi kakakku tuk menggantikan diriku yang letih menjaga mak..sbb ku ingin pulang ke rumah kerana ada kerja yang ingin disiapkan seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah yg berselerak.

7.30a.m
Aku sampai di rumah dan terus menyediakan sarapan tuk tunangku n pakcikku. kemudian aku membasuh baju yg tidak sempat dibasuh di KL.kemas rumah..Pergh banyaknye kerja..Macam nilah klu jadi surirumah.hohohoho

10.00a.m
aku tido...ZzZzZzZzZz..

12.00p.m
kakakku kejutkan aku dr tido. Sebab ptg tu nak ke hospital melawat mak…. Huhuhuhu..Terpinga2 maklumlah tido tak cukup.Letihnya...

2.00p.m
Siap masak kami terus ke hospital.Tapi malangnya waktu melawat jam 4.00,tapi kami tiba di hospital jam 2.30...Apa lagi kami merayap ke bandar segamat.di situ aku dapat lihat kemesraan antara kakakku dengan tunangku..Alhamdulillah kakak aku dapat menerima kehadiran dia dalam hidupku.

4.00p.m
pi melawat mak..Syukur mak dapat menerima Azmi sebagai salah seorang bakal ahli keluarga.Yang paling menggembirakan Azmi dapat berbual mesra ngan abangku..Syukur..Inilah hikmahnya...Thank's Allah..Alhamdulillah.

8.00p.m
Kami bertolak ke Labis tuk menghadiri kenduri pakcikku. Di sana Azmi mula mengenali saudara maraku...Aku gembira melihat semua itu

11.00p.m
Balik ke rumah..Malam tu adik angkatku menemani ku tidur.. Aku tidur di bilik mak walaupun mak tiada di situ.Semoga cepat sembuh mak bisik hatiku
ZzZzZzZzZ

12.NOV.2007

6.30a.m
Setelah solat subuh..Ku telefon tunangku tuk kejut dia tuk solat subuh..Aku terus ngan rutinku sebagai surirumah..menyediakan sarapan, memcuci baju,mengemas.

10.00a.m
aku menyediakan makanan tuk hidangan tengahari n tuk di bawa ke hospital. Mujur tunangku ringan tulang membantu aku masak..Thanks sayang..

12.00p.m
Aku dan tunangku ke hospital tuk menjengah mak sebelum bertolak pulang ke KL.Mak semakin sihat cuma kesian tanganmnya bengkak2 dimasukkan air..borak punya borak..sampai waktu melawat tamat..Then kena pulang ke rumah tuk pack barang balik ke KL.

4.00p.m
Bertolak pulang ke KL tuk menyambung semula tugasan rutin harian kami...

Nov 29, 2007

18 NOVEMBER 2007

Salam semua..bertemu kembali kita yer..ewah mcm host tv plak..hehehehe. Sebelum memulakan bicara kalau kalian perasaan tarikhnya semuanya "backward"..hehehe..Memang sengaja pun buat "backward story" tuk dikongsi bersama...


18Nov2007~AHAD


8.00 a.m

Macam biasa bersiap tuk keluar menuju ke destinasi yg selalu dituju- Kg Baru tuk sarapan pagi.Sarapan hari tu Roti telur ngan teh O suam.Tak leh minum ais coz ada orang marah "klu dia baca dia tau rr" hehehehe sssstt diam2..hehehehe.Pastu lepak2 jap bg turun makanan tu dlm rongga perut kami.HAHAHAHA


10.00a.m

Destinasi berikutnya KLCC,tuk menonton "BEOWULF"..Di sini ku kan menceritakan serba sedikit jalan ceritanya.Ceritanya OK tapi ada gak adengan2 yg tidak sesuai dipertontonkan kepada kanak sbb ganaz gak n dot..dot..dot..(pepaham sendirilah).Kisah mengenai Perjanjian antara Manusia n Iblis serta kesalahan seorg bapa/suami terhadap keluarganya.Ada gak nilai moral yg diterapkan dalam cerita ini bagaimana maruah dan harga diri diragut oleh nafsu yg menguasai diri..chewah..Bak kata tunangku "Bagaimana segagah-gagah lelaki boleh tumpas ditangan seorang wanita"..Saksikan di pawagam2 berhampiran anda..ekeleh ter..iklan plak..HAHAHAHA.


2.30p.m

Laparlah plak perut kami,Huh pastu pi cari r tempat2 makan yg ada. Pergh belasah nasi lemak KLCC plak..Mak oii mahalnya..biasa rr KLCC klu tak mahal bukan tempatnya..nasib baik sedap..Setelah kekenyangan pi solat Zohor kat surau yg berhampiran.


3.30p.m

Sepatutnya layan 1 cerita lagi..tp huh tak larat rr so kami teruskan perjalanan ke taman KLCC tuk melihat gelagat manusia di sana..Jln punya jln n hampir2 nak masuk ke Aquaria tp..tak larat coz kakiku plak buat hal.Pedihnya blakang kaki sbb kuar hari tu pakai kasut baru.Tak guna punya kasut harap cantik jer tapi menyakitkan.HUHUHU.Ni lah gambar yg sempat kami berposing jap kat taman KLCC tu.HEHEHE

5.00p.m
Kembali pulang ke Kelana Jaya sambil diteman yg tersayang.Then mcm biasa rr..hehehehe
Tamatlah kisah tuk hari ni..Bersambung pada kisah yg akan datang..Daaaaa

Nov 27, 2007

Peristiwa 25 Nov 2007

7.00 - 8.00 a.m
- macam biasa bersiap ala kadar tuk berjumpa ngan yg tersayang tp sebelum tu sempat lah kemas2 kamar peraduanku..ewah

8.30 a.m
- bertolak pergi ke stesen lrt Kelana Jaya tuk ke destinasi lrt Kg Baru. Tapi sewaktu menaiki tren ku rasakan sesuatu yg pelik dan rs kurang selesa di hati ku...Ramainya orang india..Seperti ku rasakan di India..hohoho...Stesen KLCC n Ampang terpaksa ditutup atas dasar2 keselamatan..Eh kenapa ni?? Hati ni berkata2 kemanakah destinasi cinta kami nnt??? apa2pun ku beli tiket ke LRT Kg baru kerana di sana akan menanti org yg tersayang

9.00 a.m
- Ramainya india turun di sini..Bayangkan sepanjang2 tangga lrt tu penuh ngan bangsa tu..pergh..takutnya..Then jumpa yg tersayang n terus sarapan pagi.

10.00 a.m
- Perjalanan kami bermula. Kami terpaksa menuju ke Time Square atas sbb2 keselamatan dengan menaiki monorail. Sepanjang perjalanan itu kami lihat berduyun2 bangsa tersebut menuju ke arah KLCC...aku ditegur n ditenangkan oleh tunangku kerana mukaku pucat ketakutan. Huhuhuhu rs mcm nak menangis jerk...

Let the story begin....

..." how does she that you love her, how does she that she's your, how do you show you love her, how does she know that u really2 truely love her "...
Lagu dr petikan "ENCHANTED"..Best tul citer tu..terasa plak diriku seperti princess "Gisselle" tuk mencari prince charming nya... kesimpulan dr cerita itu kenali hati budi seseorang sebelum mencintainya setulus hari. Lawak tul citer tu..sampaikan ku gelak dlm pawagam tersebut. Tunangku hanya mampu tersenyum melihat gelagatku. Sesuai tuk kanak2 n org bercinta menonton cerita tu.. Fairy tales like Cinderella, Snow White and many more...WoW Mavellous..

Then kami selepas Zohor and lunch kami layan plak 1 citer action, "HITMAN". Filem aksi yg agak mencemaskan. Syok gak tgk citer tu. Terpegun ngan aksi hero filem tu. Dasat gak diorang berlawan. Pergh...bagaimana no 47 mempertahankan dirinya dr dibunuh dan dr seorang wanita yg tak bersalah dibunuh..Saper2 tak berani tgk darah diharap janganler tgk citer ni..Kejam gak cara dia membunuh org..HOHOHO..

6.00 p.m
- Setelah solat Asar, kami menaiki monorail ke KL Sentral tuk menukar aliran ke Putra Line Kelana Jaya. Nasib kami cukup bertuah...kerana di adakan sale tuk hantaran..So apa lagi.. Kami boronglah..So ni lah permulaan kami tuk membeli barangan hantaran bg majlis kami nanti..Daaa

oklah...tunggulah cerita seterusnya dr ku nanti....