Feb 28, 2008

2 pasangan


Dua Pasangan

Dalam sebuah kenduri…
Seorang tua bermatematika

Di dunia ini banyak sisi berkeping dua
Atas bawah, kiri kanan, depan belakang
Timur barat, utara selatan, malang melintang
Pagi senja, siang malam, tenang jalang
Kaya miskin, maju mundur, mapan timpang…

Bertanya seorang muda
Adakah matematika lain…??

Di alam semesta ini ada malaikat yang berakal
Tapi tidak bersyahwat
Ada binatang bersyahwat
Tapi tidak berakal
Antara dua sifat itulah manusia dicipta.

Manusia dengan akalnya memiliki
Sebahagian sifat malaikat
Manusia dengan syahwat memiliki
Sebahagian sifat binatang

Bertanya seorang anak
Di mana letak matematikanya..??

Dijawab oleh sang tua
Jika syahwat mengalahkan akalnya
Maka manusia akan lebih jahat dari binatang
Jika akal mengalahkan syahwatnya
Maka manusia akan lebih baik dari malaikat

Tuhan memberi kita:
2 kaki untuk berjalan…
2 tangan untuk memegang…
2 telinga untuk mendengar…
2 mata untuk melihat…
Tetapi
Menagapa Tuhan hanya menganugerahan sekeping hati pada kita??
Kerana…
Tuhan telah memberikan sekeping hati pada seseorang untuk kita mencarinya….

10 things about johorian...

PROUD to BE JOHOREAN

1.. They end 9 out of 10 sentenceswith Ekkk...
Ekk ialah trademark orang Johor.Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).

Contoh :-Ni awak punyer ekk?Nama awak saper ekk ?Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?Dan macam-macam ekk lagi.


2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai-chusettes umpamanya.

Contoh :-Beb, gua nak turun Johor laa.Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, takkira di daerah mana - if the locals katanak pergi Johor, it means nak ke JohorBahru. Jangan pulak buat lawak bongok**berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.


3. They pronounce Muar as MUOR. (kenajuih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with "AR"as "OR".

Contoh :Aku kena pakai seluor besor untuk mainbola kat Bandor Muor besok. (Aku kenapakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper ,SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan trueblue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor(pagar) dan lain-lain.


4. They are brash with a CRAZY senseof humour. Honestly, I belum pernah jumpa orangJohor yang serious or square to a T.Orcannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humourboleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik dikampung mahu di Bandar. The sense of humouris unique that I find kadang-kadangorang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.(Did you see Majalah 3 the other night -see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha.... that is exactly my point!)


5. Diorang ada ENDUT **.Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.
Contoh ayat :Haa...kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.


6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun,Gula Kandy, Bobotok....Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy . Ada lagi kebebenda ni kat Johor ? Aku tak bolehnak describe dengan teliti these thingscos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap -makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengannama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak blajar lagi...nanti klu dah pandai aku publish resepinyer ekk (ekk lagi) ( aku suka makan sayur -especially ulam). Yang aku tahu -pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus.
Mitos namanya - kenapa buruk benor nama dia bebotok. cerita :Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak setiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain,Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ".Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok -kesan dari cakap cepat-cepat. Itulahceritanya. So, kalau kelentong mitos tu- maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.


7. Pernah (or berangan nak) jadi MatRock .Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore , sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalauikutkan sejarah Johor, Sultan yangmula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, takheranlah kalau kumpulan Rock katMalaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy,Zainal Abidin, Nash etc.Boleh pakai ke teori aku ni? Janganaku kena pancung dengan Sultan, dahler.Ampun Tuanku !


8. Kenduri Kawin Ada Telur PindangTelur pindang ialah telur ayam yangdirebus dengan segala macam rempah dandedaun untuk mendapatkan that specialtaste. Lepas rebus, telur akan berwarnacokelat. Both kulit dan isi. I don'tlike to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion,s eperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class ofthe tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jamcoz menggunakan kos yang tinggi..


9. Tidur atas LECA** (rhyme with letakand baca, the non-baku way). Bajusimpan dalam GEROBOK **.


10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia !!!When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singaporesebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow),iklan lagu Coke ( I'd like to build theworld a home), iklan Kodak (Times of YourLife -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semuabest- best.(But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.)Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa -semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n indonesia !...tv3 bru nk kluakn cter malin kundang kite dah biasa tgk.. Apa lagi EKK?


Kamus Johor :

Saing- pergi bersama2.."nnt kite saing ehhp sekolah"


Bongok- bodohBigor- gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?


Endut- makwe/pakwe. Awek/balak.Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.


Berendut- berpasangan.Pergi berendut- dating.


Botok-botok, bebotok- sejenis makanan menggunakan ikan,ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.


Leca- tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono,Slumberland ).


Gerobok, Gobok-Almari. Tak kiralah simpan kain bajuke, simpan pinggan mangkok ke.

Feb 27, 2008

new post 1st in 2008


Salam semua...hehehe dah lama rasanya tak menulis blog...maklum rr bz ngan rutin harian...ngan perbincangan ngan bkl "hubby" tuk majlis bersejarah kami nnt..tunggu.....

Sebagai pembuka bicara tahun 2008...renung-renungkan..(ewah..mcm penceramah motivasi plak rasnya..heheheh)


Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk. 11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.


"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."