Nov 29, 2010

ibu, nenek dan kami semua sayang alisha....



ARGH!!! letih+selsema+batuk yang sekian lama tak beransur baik..malah lagi teruk lepaih pindah rumah baru....Mula-mula pindah rumah tak nak bawa alisha biarkan kami biasa dulu ngan rumah baru tu..Tapi takleh gak, semalam jerk aku tidur tanpa Alisha..Kuat betul rindu pada Alisha..Sampai menangis2 aku dibuatnya bila berjauhan dengan Alisha....

26/11/2010
aku ambil cuti..kemaskan rumah bersih-bersih sebelum perabot sampai esok hari ngan lori sewa. aku siap cat rumah tu biar nampak cantik walaupun itu rumah sewa...

27/11/2010
pergi rumah baru lagi, pasangkan tikar getah, biarlah molek sket rumah tu...jam 8.00mlm lori sampai, masa angkut-mengangkut barangan. Malam inilah dugaan aku tidur tanpa Alisha di sisi.. Pergh..tak tahan berjurai-jurai air matateringatkan Alisha...Tidur malam dlm keadaan mata bengkak-bengkak

28/11/2010
bangun tidur mcm biasa kemaskan balik rumah...waktu tghari jam 1 ptg aku menangis lagi teringatkan Alisha. Abang kasihan melihat keadaan aku, lalu memberi saranan membawa Alisha boleh tinggal bersama dan di jaga sementara oleh anak sedaraku..YEYEYE!!!!. Jam 2.00 ptg bertolak ke segamat mengambil Alisha...sejam kemudian sampai di kampung, kemaskan barangan Alisha...Jam 5.00 ptg bertolak pulang ke Tangkak....Part nie aku sedih....Aku tengok mak aku plak tahan air mata tak sanggup berpisah ngan cucu dia Alisha. Masa aku gerak pulang mak aku berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang lagi, aku tahu mak aku pun sedih macam aku alami semasa ketiadaan Alisha....tapi bila difikirkan sampai bila mak aku nak jaga Alisha, kasihan dia kepenatan menjaga karenah Alisha yang semakin nakal...biarlah aku bersusah payah merasa menjaga anak ku sendiri..Takpe mak hujung minggu orang balik bawa Alisha....( taip nih pun samapai mengalirkan air mata )

Semuanya kerana sayangkan ALISHA....

Nov 3, 2010

Kasihan Alisha....

Alisha Dan ibu

Wargh.....mgantuknyer hari nih....mana taknye ALISHA demam lagi. Malam tadi tukar shift ngan abang jaga dia. 2 kali dia muntah...Badan masih panas tapi tak sepanas hari Isnin kelmarin. Dalam demam-demam tu ayah dia kata cicak berbunyi pun ditegurnya..uh..uh..(gaya dia menegur).
Alisha..alisha..geram tgk dia..Muah...Sekarang dah mula bertatih sket-sket..Demam dapat upah kot (kata orang tua-tua)..

Gaya-gaya Alisha...

tgh main buaian kesayangan

berbedung lepas mandi

tudung gaya baru dari baju

yeah!!!!

Tunjuk gigi!!!

Gaya dengan alas meja

NO..NO..NO..


Nov 2, 2010

Masak Lemak Siput Dan Keladi Dan Sambal Ikan keli







Slurp!!!...slurp!!!. Bila makan siput sedut nih, kecur lidah..yumyum..Sabtu lepas lepas hantar abang kerja singgah jap kat pasar tani nak cari siput n ikan keli. Anak sedara aku tu si nabila suka sangat siput sedut. Apa pun aku pun try masak lauk kampung nih. Hasilnya agak mengkagumkan untukku yang baru-baru nak belajar lauk kampung nih..hehehhe. Apapun thanks mak coz helping me to cook this kampung dish...

Ni siput blom di semelih

Sudah dibersihkan


Bahan-bahan
2 bungkus siput
kunyit hidup*
lada besar *
lada api*(bahan * di kisar bersama santan)
santan kelapa
asam keping
garam secukup rasa
keladi.

Caranya
1. Siput tu kena lah dikerat hujung muncung supaya sonang nak disodut nanti eh...heheh kemudian dibersihkan dan ditoskan

2. Sementara itu keladi dkopek dan dibersihkan menggunakan asam jawa untuk menghilangkan getahnya. (mak cakap guna asam belimbing pun boleh...tapi asam belimbing time tu tak berbuah lagi) dan direbus dahulu.

3. Apabila keladi sudah empuk masukkan santan bersama bahan- bahan dikisar dan kacau mingga masak. jangan lupa masukkan garam secukup rasa..Owh yer asam keping jangan lupa yer.

4. Finally masukkan siput yang telah ditoskan tadi, kacau hingga masak dan boleh dihidangkan dan hasilnya.........PERGH!!!!!

Yang ni plak tuk Sambal Cili Api Ikan Keli.

Bahan-bahan

4 ekor ikan keli
cili api*
cili merah*
halia*
bawang putih*
bawang merah* (bahan bertanda * dikisar)

cara membuat

1. Ikan digoreng dengan garam kunyit kemudian angkat dan toskan.

2. Bahan-bahan dikisar tadi ditumis hingga naik bau. tumis hingga naik bau, masukkan garam gula dan air asam jawa secukup rasa.

3. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan hirisan bawang, balik-balikkan hingga sebati dah dihidangkan....