Aug 30, 2009

Muffin Milo Ramadhan


Muffin Milo Ramadhan

Salam Ramadhan lagi... Hari nie genap 8 hari berpuasa.Hoho lama rasanya tak menjengahkan diri ke dapur almaklum rr isteri berkerjaya..Tapi disebabkan hubby ku teringin nak makan muffin (ngidam kot) hehehe maka ku lembutkan tangan ku tuk mencuba resepi2 yang ada walaupun dah lama tak masak nih..hihihihi.

Muffin Milo
Bahan2
180g mentega
140g gula halus
2 biji telur
100ml susu cair
220g tepung gandum
milo

Cara2
1. Putar mentega + gula halus hingga putih (hehehe hubby yang putar) masukkan telur satu persatu sambil putar hingga kembang. Masukkan tepung berselang seli ngan susu cair hingga habis. Masukkan esen varnilla dan kacau rata. Akhir sekali masukkan milo.

2. Bakar dalam oven suhu 180'c selama 20-25 minit hingga masak. pastu sejukkan dan hidangkan semasa berbuka puasa.

No comments: