Jan 4, 2012

AKU...


esok 05/01/2012 aku cuti..YAHOOOO!!!!
genap usia Alisha Haziqah 2 Tahun...
penambahan ahli keluarga....InsyaAllah dlm perancangan...
Impian 2011 telah tercapai...esok tarikh keramat urusan perbankan akan diuruskan....
Masalah diriku semuanya ku ADUkan kepada Yang Maha Esa...
Amalan Mathurat, Selawat Al-Fatih & Selawat An-Nariyah @ Tafrijiyah ditambah
Sunat Dhuha ada rahsia tersendiri untuk pengamalnya (AMALKANLAH dan YAKINLAH dengan ALLAH)....

InsyaALLAH rezekiku bertambah dengan aku ceburi AURALIFE...

Rezeki 2012???? HANYA 'DIA' sahaja yang mengetahui....TERUSKAN BERAMAL...

ayat dari petikan blog rakanku..mimi...(memang aku rasa juga ayat ini ada kena mengena dengan diriku)
p/s : mimi, jgn mare yer....nak luah gak..guna ayat ko ni..BEST!!!!

"Jujurnya aku berkawan tanpa mengira siapa pun mereka..apa pun pekerjaan mereka...asal usul mereka...rupa paras mereka...asalkan mereka juga jujur dan ikhlas dalam menjalinkan persahabatan denganku. Tapi rupanya tidak semua orang begitu, ada yang mencari kita apabila ditimpa kesusahan..apabila dia berasa senang kawan inilah yang dilupakan. Tak kurang juga ada yang suka mengambil kesempatan dan ingin mempergunakan kita.

Jadi mulai hari ini aku akan lebih menghargai mereka yang sentiasa jujur dan ikhlas denganku daripada orang-orang yang nampak luaran sahaja cantik molek tapi tak pandai menggunakan akal untuk menghargai persahabatan dan hanya mencari kita untuk kepentingan dirinya sahaja. Rupa paras bukan ukuran hati budi seseorang.

Buat semua sahabatku, terima kasih kerana masih sudi berkawan denganku ini yang tidak punya apa..rupa tiada..akal pun kurang..harta jauh sekali. Tapi ketahuilah bahawa aku ada bahu yang kuat untuk menampung tangisan kalian, sepasang tangan untuk aku panjatkan doa untuk kebahgiaan kalian dan sekeping hati yang kecil untuk menghargai kasih sayang seorang sahabat. Semoga persahabatan kita kekal sehingga akhir hayat"

TERIMA KASIH BUAT SUAMIKU yang banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan kepadaku...
BUAT ALISHA, anak IBU...terasa saat-saat bersamamu sesuatu yang indah....
I LOVE U all

2 comments:

Thisomimie said...

Hehehe...thanks for the credit..eneway aku slalu ingat kat ko tau dan semoga persahabatan kita juga kekal ye walau kita jarang bersua...Happy Birthday to Alisha Haziqah..

ila_dalila said...

thank you aunty mimi