Dec 30, 2011

Wanita Ahli Neraka...



Wanita ahli Neraka Seperti Yang Disabdakan Oleh Rasulullah

  • Wanita yang celupar mulutnya bila berhadapan dengan suami
  • Wanita yang tidak memelihara auratnya dari pandangan lelaki yang bukan mahramnya
  • Wanita yang tidak rela berbakti kepada Tuhannya, terhadap Rasul dan juga suaminya
  • Wanita yang apabila suaminya keluar rumah ia tidak menjaga diri serta kehormatannya, bila suami datang kepadanya ia akan memaki hamunnya
  • Wanita yang suka memaksa suaminya mendapatkan sesuatu yang diingininya sedangkan permintaan itu tidak mampu ditunaikan oleh suaminya
  • Wanita yang tidak mempunyai matlamat atau tujuan hidup kecuali untuk makan, minum, berhibur dan berseronok tanpa batas
  • Wanita yang keluar rumah dengan menampakkan segala perhiasannya serta memperlihatkan kecantikkannya dengan sengaja untuk menarik perhatian lelaki

Dec 29, 2011

JUST WANT TO SHARE

Orang Biasa BELAJAR dari pengalaman
Orang BIJAKSANA belajar dari pengalaman orang lain
Orang DUNGU tidak mahu belajar dari sesiapa pun....

Dec 23, 2011

Fadhilat Membaca Bismillah



Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

  • Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman daripada gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala.
  • Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.
  • Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar.
  • Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.
  • Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
  • Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu.
  • Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.
  • Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

InsyaALLAH...mudah-mudahan

Dec 22, 2011

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu


q Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

q
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

q
*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

q
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

q
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø
Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø
Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø
Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

q
3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø
Anak
Ø
Ibu
Ø
Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah
J

q
Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

q
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

q
Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

q
Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

q
*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

q
Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
Ø
“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
Ø
*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø
Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

q
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

q
Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
Ø
“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
Ø
“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.


q
*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q
Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

q
*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

q
Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

q
Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

q
Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

q
Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

q
*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

q
Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

q
*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

q
Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu

q
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø
Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø
Symptom dah terkena saka
v
Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v
Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v
Susah nak dapat anak, senang gugur
v
Ada rasa kelibat orang lalu
v
Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

q
Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

q
3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

q
Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

q
Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah
q
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

q
Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
q
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø
Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi
J
You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Dec 21, 2011

Didikan Anak

PUTERI SALJU KESAYANGAN IBU

semalam aku ada terbaca 1 blog ni...bagus betul apa yang dikongsikan...untuk diriku yang bergelas status ibu berkerjaya....

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.... (kekadang lepas gak tangan aku ni huhuhu)

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control....(kadang2 aku geram terlepas gak sedas kat pipi puteri saljuku)

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.....(hmmm lepas nih aku kena stanby rotan kat rumah 1)

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).....(alhamdulillah masih ku amalkan)

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)...(mmg buat pun)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)...(semestinya!!!)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)....(YOSH!!!)

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap....(x de wat lagi)

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali)....(SETUJU!!!)

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban....(Insaf sangat...kadang2 terlepas)

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)...(puteri saljuku masih pelat lagi..tapi ku layankan jugak)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya...(dilaksanakan)

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya....(YOSH!!!)

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).....(semestinya!!!)

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.....(semestinya!!!)

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.....(hmmm akan dipraktikkan)

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.....(belum sampai tahap ni lagi)

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.....(betul2)

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,...(bukan setakat kiss, siap nyanyi lagi)

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa....(insaf..insaf)

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga....(itulah yang ku sedang praktikkan)

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri....(huhuhuhu...)

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Dec 9, 2011

Happy Birthday Abang...



HAPPY BIRTHDAY MY HUBBY...LOVE U SO MUCH....

Dec 7, 2011

i'm back

salam semua...kembali semula setelah hampir setahun aku menghilang..bukan hilang cuma penyakit 'M' menimpa...kerja pun boleh dikatakan melambak dan kekandang rasa nak muntah mengadap...aku suka baca blog member tapi malas nak update blog sendiri..

Projek terbaru dan terkini cari sumber lain menambah rezeki...hehehe. InsyaAllah kita usaha Allah tentukan...skang dah takleh bgn lambat-lambat. Jam 4.30 pagi dah kena celik bijik mata tuk membancuh kuih...pergh macam robot kena siapkan 3 hidangan sebelum jam 6.30 pagi untuk urusan persiapan diri dan rohani..(subuh ler tu)...Skang jadi tokey kuih tuk hantar ke restoren terdekat. Alhamdulillah dekat 2 bulan berusaha..adalah hasilnya..boley juga tambah duit dapur.

Projek yg terbaik skang jadi agen AURALIFE...lagi berbaloi pulangannya...Apa tu Auralife...boleh tgk kat link ini-----www.auralife2u.com......Banyak info menarik ttgnya...

ok Chow....